Korset Elken | Video Cara Fitting / Memakai Korset Elken DX Lingerie Dengan Betul

Macam mana cara nak pakai @ fitting korset Elken DX dengan cara yang betul?

Pakai korset Elken tak susah pun. Mula-mula pakai memang tak biasa. Tapi selepas seminggu mesti anda dah pandai pakai korset Elken dengan pantas.

Berikut ialah langkah demi langkah bagaimana untuk memakai @ fitting korset Elken dengan betul.

  1. Pakai LG  (long girdle) korset Elken macam pakai seluar. Lepas tu tarik long girdle ke atas sampai pusat. Kemudian usap perut dari arah bawah ke atas sebanyak 10x and ke kiri ke kanan 10x
  2. Pakai WN (Waist Nipper) korset Elken (pastikan reben berada di tengah2 & sama rata dengan LG.) Kalau pakai sendiri pastikan kita cangkuk waist nipper dari depan. Lepas dah habis cangkuk lipat waist nipper korset Elken pusing ke depan. Usap dari arah bawah ke atas 10x. Kiri kanan 10x
  3. Pakai bra korset Elken. Pakai macam biasa. Bongkokkan badan macam rukuk. Masuk tangan dalam bra tarik lemak masukkan ke dalam bra. Buat untuk kedua-dua payudara. Payudara anda akan montok.
  4. Pakai body shaper korset Elken macam pakai baju. Kegunaan body shaper untuk support bra n badan kita. Supaya bila pakai baju ketat dan fit tak akan nampak benjolan lemak kat belakang tu.

Senang kan? Masih tak faham boleh tengok video ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *