ELYSYLE CONTOURING PANTS ROSY BEIGE @ LEGGING ELKEN TERBARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai semua!

Hari ini saya ingin memberitahu berita gembira, iaitu memperkenalkan produk terbaru dari Elken iaitu Elysyle Contouring Pants edisi istimewa berwarna Rosy Beige. Sebelum ni legging Elken berwarna hitam, yang terbaru ni berwarna Rosy Beige atau diklasifikasikan warna nude atau warna kulit badan. Tona warna lembut magic pants ni dapat menonjolkan sisi feminin dan elegan pada si pemakai. Sweet dan kewanitaan kan warna natural legging kali ni?

Apa yang berbezanya versi legging Elken kali ini dengan yang sebelum ini?

Kali ini, Elysyle Contouring Pants didatangkan dengan warna yang cantik, mesti setiap wanita akan menyukainya. Warna lembut seperti Rosy Beige senang nak disesuaikan ketika berfesyen sebab ia lebih serata dengan warna kulit. Jadi tak perlulah asyik ulang-ulang warna hitam je kan, bosan juga.

Terutamanya bagi anda yang suka mengenakan busana berwarna pastel atau lembut seperti “krim”, “beige” atau “skintone”.

Atau mungkin bagi yang suka memakai legging ketika menggayakan jubah, tunic atau lain-lain fesyen kesukaan anda. Kan lebih selamat, tak takut tersingkap, kalau tiba-tiba ribut taufan bertiup, maklumlah sekarangkan musim hujan.

Walaupun legging ni warna kulit, ianya tidak jarang dan dapat menutupi kekurangan yang kelihatan pada kulit seperti urat, parut, lebam, pori besar, selulit dan tanda regangan pada kaki anda. Jadi anda akan tampil yakin dan selamat bila pakai magic pants terbaru ni.

Elysyle Contouring Pants Rosy Beige

Sama seperti legging Elken warna hitam sebelum ni, legging warna nude ni diimport dari Jepun dan menggunakan teknologi dari negara Jerman. Bukan kaleng-kaleng pembuatan Elysyle Contouring Pants ni tau.

Ada lagi rahsia besar yang patut anda tahu, legging ini memberikan “KESAN MAMPATAN” pada seluruh bahagian kaki dari buku lali hingga ke pangkal paha, jadi apabila anda pakai, perjalanan darah akan jadi lebih baik, pengaliran toksin juga lebih lancar. Sebab itu apabila anda pakai, jalan jauh pun tidak terasa, hayunan kaki terasa ringan. Kerana toksin tidak terkumpul pada bahagian kaki sahaja.

Legging Elken Rosy Beige direka dengan lilitan pinggang yang lebar yang dapat memberikan keselesaan pada bahagian pinggang. Rekaan bentuk pinggang yang tinggi mampu membentuk dan mengempiskan perut anda. Selain itu, dicipta untuk menyokong bahagian pelvis dan mengangkat serta menganjalkan punggung si pemakai sepenuhnya.

Elysyle Contouring Pants Rosy Beige

Elysyle Contouring Pants Rosy Beige

Kebaikan lain pula, ia memberi kesan “slim” kepada mereka atau anda yang sedang dalam usaha menguruskan badan dan kaki. Kerana lemak terkumpul pada bahagian perut, punggung dan paha memang susah untuk dikecilkan, jadi legging ini adalah penyelesaian yang paling mudah dan berkesan.

Elysyle Contouring Pants warna hitam dan terbaru warna nude

Gambar real Elysyle Contouring Pants Rosy Beige

Ini gambar real close-up Elysyle Contouring Pants Rosy Beige saya punya sendiri

Kotak Elysyle Contouring Pants Rose Beige

Packaging Elysyle Contouring Pants Rosy Beige

Ciri-ciri dan kelebihan Elysyle Contouring Pants Rosy Beige

Kelebihan Elysyle Contouring Pants Rosy Beige

Kelebihan Elysyle Contouring Pants Rosy Beige

Elysyle Contouring Pants Rosy Beige sesuai dipakai oleh semua wanita tanpa mengira size dan bentuk badan. Jangan risau pasal size, zaman sekarang semua fesyen datang dengan pelbagai pilihan size, jadi ia bukan hanya untuk mereka yang bersaiz model sahaja. Kalau anda berbadan besar pun boleh pakai legging ni. Legging Elken available untuk pelbagai ukuran pinggang dan punggung.

Magic pants yang sangat selesa, material lembut, tidak panas, tidak mudah koyak dan tidak bergulung.

Legging yang berkualiti tinggi yang dapat memperbaiki kesihatan anda. Berfesyen sambil menyihatkan badan.

Untuk memiliki legging Elken ni tak perlu fitting pun. Hanya perlu beritahu ukuran pinggang dan punggung anda dalam sentimeter (cm). Jadi saya sudah tahu size yang tepat magic pants untuk anda sama ada size S, M, L, XL, 2XL atau 3XL.

EC Pants boleh dipos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

HARGA ELYSYLE CONTOURING PANTS ROSY BEIGE

Harga sehelai Elysyle Contouring Pants Rosy Beige ialah RM 743 sahaja.

Harga 2 helai Elysyle Contouring Pants Rosy Beige ialah RM 1188 sahaja.

Lebih baik ambik 2 helai sebab lebih murah dan menjimatkan. Legging ni sudah kira sebagai pakaian dalam yang dipakai secara harian untuk berganti-gantian.

Jadi kepada anda yang berminat untuk  memiliki Elysyle Contouring Pants Rosy Beige boleh dapatkan dari saya. Magic Pants ni adalah READY STOCK dan AVAILABLE untuk SEMUA SIZE.

Boleh terus Whatsapp saya di talian 019-3351899 (Aina) untuk memiliki legging warna nude ni. Seperti sedia maklum, anda hanya perlu beritahu size pinggang dan size punggung anda sahaja, saya sudah tahu ukuran legging Elken yang mana sesuai untuk anda. Tak perlu fitting pun. Saya boleh terus poskan Elysyle Contouring Pants Rosy Beige ke alamat anda 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *