Tips Langsing | Selesaikan Masalah Bentuk Badan Menggeleber Selepas Bersalin Dengan Korset Elken

Tahukah anda? Ada 3 fasa perubahan pada bentuk pada seorang wanita. Saya akui, tak semua wanita mengalami masalah seperti gambar tersebut. Tetapi saya adalah salah seorang yang mengalami masalah bentuk badan kurang menarik terutamanya selepas melahirkan anak pertama.

Sebelum berumahtangga, sebelum mengandung, saya tidak mengalami masalah langsung mengenai bentuk badan dan saya tidak perlu risau nak makan ikut nafsu saya. Maklumlah metabolisma badan tinggi dan muda lagi. Saya makan apa yang saya nak makan tanpa perlu risau mengenai berat badan.

Tapi sejak saya mengandung, selera makan saya jadi makin bertambah dari sebelum mengandung. Selera saya jadi macam harimau. Semua benda saya teringin nak makan. Dah makan pun, makan macam-macam setiap masa saya asyik nak makan. Kejap kunyap itu, kejap kunyah ini.

Sedar tak sedar, masa last trimester berat saya naik sampai 69 kg dari 45 kg sahaja. Bayangkanlah berat saya naik sebanyak 24 kg, dengan ketinggian saya hanya 152 cm sahaja. Bayangkan memang saya macam penguin berjalan masa semester terakhir dengan termengah dan nafas pun asyik semput je.

Alhamdulillah, anak saya dalam perut masa tu takde apa-apa masalah. Berat anak saya cuma 2.75 kg masa lahir. Walaupun perut saya je yang besar.

Masalah bentuk badan berubah menjadi kurang menarik atau menggeleber sana sini adalah masalah biasa wanita yang bergelar ibu. Anda boleh atasi masalah ini dan mendapatkan semula bentuk badan langsing dengan menggunakan korset Elken secara konsisten.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *